Tuesday, December 21, 2010

Keputusan Pertandingan Rumah Idaman Berita Harian 2009 (dari Berita Harian Online & Shvoong.com).

Berikut adalah petikan mengenai keputusan Pertandingan Rumah Idaman Berita Harian dari Berita Harian Online & Shvoong.com.

1) Pemenang kategori tonjol keunikan, konsistensi hiasan 
Versi Bahasa Malaysia dipetik dari sini.
KEBIJAKSANAAN peserta memanfaat dan memaksimumkan penggunaan ruang terhad hingga menjadi hiasan dalaman sempurna dan selesa diduduki menjadi faktor utama menentukan kemenangan empat juara kategori Pertandingan Rumah Idaman Berita Minggu 2009.
Selama tiga bulan pertandingan berlangsung, bermula 13 Disember dan berakhir 14 Mac lalu, barisan juri sepakat memberi gelaran juara kategori kediaman eksklusif kepada peniaga, Rosliza Abdullah dari Skudai, Johor; peniaga, Rodzi Rahim menetap di Bandar Seri Botani, Ipoh, Perak (teres); suri rumah, Khadijah Ibrahim dari Pandan Indah, Kuala Lumpur (apartmen) dan pengurus peruncitan, Shahril Suleiman dari Batu Pahat, Johor untuk kategori rumah warisan.
Ketua Juri Pertandingan yang juga Pensyarah Kanan Reka Bentuk dan Seni Bina Dalaman, Fakulti Seni Bina Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hamidon Abdullah menyatakan kekagumannya terhadap kesungguhan dan kepakaran peserta.

Hamidon berkata, melalui pengamatannya, peserta dilihat berjaya menata gaya ruang sempit menggunakan perabot besar dalam bilangan separa lengkap untuk digandingkan dengan kemasan serta aksesori merujuk gaya dan konsep.

“Saya amat kagum keberanian juara kategori apartmen, Khadijah Ibrahim meneroka gaya Eropah yang berciri sarat dan mewah meskipun ruang kediamannya tidak seluas mana. Bukan senang melakukan transformasi ruang jika gaya berkenaan menjadi pilihannya.

“Namun, dia berupaya membuktikan kepakaran hiasnya menggunakan peruntukan ditetapkan. Nilai kesungguhan serta daya kreativiti warga emas ini wajar diberi pengiktirafan,” katanya mengagumi hiasan mewah berupa kertas dinding bertekstur, cat dinding warna garang selain aksesori manik, renda dan keemasan diutarakan pemilik rumah.
“Bukan sekadar perabot dan kemasan menjadi tarikan bahkan ilham kreatif Khadijah menokok tambah hiasan manik, tasel dan renda di sesetengah perabot, menyiapkan sendiri lakaran bunga penghias almari serta kabinet selain mengubahsuai fungsi perabot menjadi dwi kegunaan,” katanya.

Mengenai kediaman sama, seorang lagi juri, Pensyarah Reka Bentuk Dalaman di Fakulti Seni Bina dan Persekitaran Binaan Universiti UCSI, Ariff Budiman Mohamad menyifatkan penyatuan pelbagai elemen hias ilham pemilik rumah memungkinkan pembentukan gaya serta tema individualistik.

“Dalam perbualan dengan Khadijah, saya dapati beliau jelas dengan cita rasa serta konsep pilihannya. Apatah lagi, beliau kerap melayari internet bagi mendapatkan gambaran terperinci selain mencari idea baru konsep penataan yang diminatinya itu,”kata Ariff yang berpeluang mengikuti sesi lawatan membabitkan dua rumah pemenang di Pandan Indah serta Ipoh, Perak.

Menyentuh keistimewaan Teres di Ipoh itu, Ariff menyifatkan pemiliknya Rodzi mempunyai kredibiliti seni pertukangan setanding tukang kayu profesional namun pada masa sama berupaya mengekalkan ilham asli dan jati diri.

“Rodzi bagaimanapun maju setapak kerana menjadikan barangan antik sebahagian kelengkapan rumah. Bukan sekadar hiasan tetapi semua koleksi antiknya seperti suis lampu, kipas, radio sehingga loceng tekan di tembok pagar berfungsi dengan baik.

“Saya mengagumi usaha serta bakat beliau yang mampu menghidupkan kembali pengaruh rumah kolonial Inggeris era 1960-an dulu. Lebih menarik, ia dizahirkan dengan belanjawan sederhana namun yang dikagumi ialah kegigihan Rodzi mencari dan mengumpulkan barangan antik seperti kayu terpakai daripada bangunan, jambatan dan tiang elektrik lama, perkakasan elektrik zaman penjajahan British dan sebagainya,” ujarnya yang teruja dengan selak kayu berpalang dan ukiran ambang pintu serta tingkap dihasilkan pemiliknya.

Sementara itu, keupayaan Rosliza merealisasikan imaginasi kediaman ala rumah peranginan pada teres semi-D miliknya ternyata merentap tumpuan juri.

Hamidon menyifatkan penggunaan bahan kayu selaku tunjang dan struktur binaan rumah tradisional di halaman sisi bukan saja mengembalikan seni pusaka bangsa, tetapi memecah tradisi landskap seni bina rumah kawasan taman perumahan.

“Adaptasi rumah kampung Melayu berbaloi dihayati apabila diseragamkan dengan suasana santai, kontemporari dan minimum dari aspek dekorasi. Rosliza bertuah kerana ‘mendapat’ semula rumah kampung yang pernah menjadi tempat tinggalnya ketika kecil dulu,” katanya mengulas kemenangan Rosliza untuk kategori ekslusif.

Kesungguhan Shahril Suleiman mempertahankan keaslian seni bina rumah pusaka keluarganya di Batu Pahat membawa tuah apabila anak muda itu terpilih sebagai juara kategori rumah warisan.
 

Malah, kreativitinya menyelitkan ilham hias moden di ruang tertentu kediaman menaikkan ‘saham’ rumah itu di mata juri sekali gus melayakkannya memungut markah tinggi ketika sesi penilaian.

Inisiatif menyatukan elemen moden-klasik dilihat Hamidon sebagai percaturan berani kerana bukan semua rumah seperti itu mampu bekerjasama baik dengan gaya dan unsur hiasan moden. 

 
“Keaslian rumah berjaya dipelihara dan dipertahankan biarpun sesetengah ruang sudah mempraktikkan hiasan kontemporari. Namun, yang mengejutkan saya Shahril amat menyayangi dan menghargai himpunan antik tinggalan keluarganya.

“Saya dapati semua kelengkapan antiknya dijaga rapi dan dimanfaatkan kegunaannya. Biarpun dimamah usia namun berada dalam keadaan baik dan cantik dipandang,” katanya.


Selain empat pemenang kategori, Hadiah Khas Juri diwujudkan bagi memberi pengiktirafan kepada peserta berbakat istimewa di kalangan golongan profesional termasuk arkitek, pereka hiasan dalaman, pensyarah serta pelajar yang terbabit secara langsung dalam hiasan dalaman.

Selepas mengambil kira ilham unik dan kemahirannya mengadaptasi sumber alam dalam hiasan dalaman, usahawan perabot bambu, Mohd Ramadhan Abdul Hamid dari Batu 9, Cheras berjaya mengungguli kategori ini.

Pemilihannya juga berdasarkan kebolehannya mengetengahkan buluh sebagai tunjang struktur dan kemasan rumah bersama-sama perabot yang juga dibentuk daripada bahan semula jadi itu.

2) 4 Champion Style
English Language Version from here.

WISDOM participants capitalize and maximize use of limited space to be a perfect and comfortable interiors occupied a major factor determining the victory of the four category winners of Ideal Home Competition News Week 2009. Contest lasts for three months, starting December 13 and ending March 14 last, the line judge agreed to give the title to the dealer's exclusive residential category, Rosliza Abdullah from Skudai, Johor, dealers, Rahim Rodzi living in Bandar Seri Botani, Ipoh, Perak (Terrace) ; homemakers, Khadijah Ibrahim from Pandan Indah, Kuala Lumpur (apartments) and retail manager, Shahril Suleiman from Batu Pahat, Johor for the categories of heritage homes. Competition Jury Chairman who is also Senior Lecturer Design and Interior Architecture, Faculty of Architecture, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hamidon Abdullah expressed his admiration of the dedication and expertise of the participants.

Hamidon said, through observations, participants viewed successfully set up using a narrow room style furniture in a large number of partially coupled to the packaging and accessories refer to the style and concept.

"I was very impressed courage apartments category winner, Khadijah Ibrahim explores the European style and luxury full-featured although not covering any residential area. It is not easy to transform a room where the style of a choice.

"However, she was able to prove the expertise of the provisions set hiasnya. The value of dedication and creativity elderly should be given recognition, "she said admiring the luxurious furnishings such as textured wallpaper, wall paints vivid colors other than accessory beads, lace and gold raised homeowners.
"Not only the furniture and packaging to attract even the creative inspiration Khadijah adding beads, and lace tasel in some furniture, setting up their own flower sketch decorative cupboards and cabinets in addition to modifying the function of furniture to be dual use," he said.

About the same residence, another jury, Interior Design Lecturer in the Faculty of Architecture and the Built Environment University of UCSI, Mohamad Ariff Budiman said the consolidation of the various decorative elements inspired by the home owners allow the formation of style and theme of individualism.

"In conversations with Khadijah, I found him clear with the taste and the concept of choice. What's more, he often surfing the internet to get a detailed picture than looking for new ideas and design concept of interest is, "Ariff said the opportunity to follow the visit involve two home winners in Pandan Indah and Ipoh, Perak.

Touching the privilege Terrace in Ipoh, Ariff said the owners have credibility arts crafts Rodzi comparable professional carpenter, but at the same time able to retain the original inspiration and self-esteem.

"Rodzi step, however, for making some antique furnishings. Not merely decorative, but all the collections antiknya like light switches, fan, radio, press the bell on the wall so that the fence works well.

"I admire his effort and talent that could bring back home the influence of the British colonial era before the 1960's. More interestingly, it was disclosed by a simple budget, but who admired the persistence Rodzi searching and collecting antiques such as wood used for buildings, bridges and power lines long, electric appliances and so the British colonial era, "he is thrilled with the latch and wood carvings crossed the threshold doors and windows made their owners.

Meanwhile, the ability of imagination to realize Rosliza residential resort-style home on the terrace semi-D yank his focus was the jury.

Hamidon described the use of wood as the cornerstone of traditional houses and other structures on the site not only restore the artistic heritage of the nation, but broke the tradition of landscape architecture, residential park home.

"Adaptation of the Malay village house worth internalized when standardized with a relaxed atmosphere, contemporary decor and a minimum of aspects. Rosliza fortunate to 'get' back home is a never to be his home when a kid, "he commented Rosliza to win an exclusive category.

Shahril Suleiman zeal to defend the authenticity of architectural heritage of his family home in Batu Pahat to bring good luck when the boy was chosen as the heritage home category winner.

In fact, inserting the creative inspiration of modern decoration in a particular area of residential increase 'share' in the eyes of the jury that the house once qualified for the high marks during the session to collect assessments.

Initiative unites modern-classical elements seen as a calculated move boldly Hamidon because not all the houses like that could work better with modern style and decoration elements.

"The authenticity of the house successfully preserved even if some space has been practicing contemporary furnishings. However, that surprised me is to love and appreciate Shahril collection of antique remains of his family.

"I find all the antique equipment maintained and used its usefulness. Even if chewed age but in good condition and looked beautiful, "he said.
In addition to the four category winners, the Special Jury Prize was created to give special recognition to the talented players among the professionals, including architects, interior designers, lecturers and students who are directly involved in interior decoration.

After taking into account the unique inspiration and expertise to adapt the natural resources in the interior, bamboo furniture entrepreneurs, Mohd Ramadhan Abdul Hamid from Batu 9, Cheras managed to dominate this category.

Selection was also based on its ability to showcase bamboo as a structural backbone and home furnishings with furniture that is formed from (such) natural materials.



1 comment: