Saturday, April 2, 2011

Teratak Ayahbonda di Kosmo!

29 Mac lepas, ketika berada di Batu Pahat, saya menerima satu mesej dari wartawan akhbar Kosmo! yang mengunjungi blog ini.

Mesej
          "Assalamualaikum shahril, saya afzan dari akhbar Kosmo!. Saya ada kunjungi blog anda dan sangat tertarik dengan dekorasi rumah yg anda hasilkan, sama ada rumah warisan mahupun apartment. Kagum tgk hasil kerja tangan anda!

Di Kosmo,kami ada satu kolum dekor (2 mukasurat) pada setiap hari Ahad. Shahril berminat tak kalau saya cadangkan kediaman shahril dimuatkan dalam akhbar kami? Jangan risau, tiada bayaran yang dikenakan. Bagaimana?

Saya tunggu jawapan dari Shahril. Ini nombor hp saya, 01x-xxxxxxx (afzan)

terima kasih ;)"

memanglah sangat menggembirakan & tentulah saya bersetuju. ^^

Hari ini, artikel tentang Teratak Ayahbonda saya keluar di akhbar Kosmo! di bahagian Jurnal - Ruang.

2 mukasurat penuh di muka 20 & 45.

Deko pilihan wartawan.

me! ^^
Saya bersyukur dengan memulakan blog ini saya dapat berkongsi idea & cerita serta membawa peluang-peluang baru dalam hidup saya!.

Terima kasih kepada Ms Afzan dan Kosmo! atas peluang yang diberikan.
Seperti biasa, untuk versi virtual ruangan ini, sila klik di sini!

2 comments:

  1. Ril...nie lah teratak kita sama2 study for spm 1997.... aku kagum n respect giler kat ko.... dalam ramai2 kawan kita, ko la yg dapat kembangkan potensi diri ko ke satu tahap yang sgt tinggi... kagum, awesome, deko rumah aku lak!
    *<;)))>< x-classmate 5A yazid jamil

    ReplyDelete
  2. Haha..Yazid, sorry x perasan komen kau. Thanks atas pujian. Jgn puji tinggi2..biasa je ni..hehe. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki. Kau pun tahniah gak dapat dekan! kagum..kagum! =)

    ReplyDelete