Thursday, April 21, 2011

Mix & Match - Oriental vs Modern!


Berpindah dari Sentul ke Selayang bermakna berpindahlah juga segala isi rumah saya. Pada awalnya agak pening memikirkan bagaimana harus saya blend isi rumah saya yang agak oriental dan isi rumah baru sediada yang lebih menjurus kepada konsep yang lebih moden - boleh saya katakan mengambil sedikit inspirasi dari gaya 'Manhattan'. Setelah seminggu mendiami rumah baru, saya mula mengemas serba sedikit dan mencari idea. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk membuat mix & match kedua-dua konsep ini.

Sebagai permulaan, saya mencari teras kepada design saya yang baru ini. Apa yang saya dapati adalah kedua-dua konsep ini memiliki beberapa persamaan iaitu dari segi pemilihan warna & material yang digunakan pada perabot yang dipilih.

Warna-warna utama yang dipilih adalah warna-warna natural terutama variasi warna perang atau coklat dan merah selain hitam dan putih. Warna perang, hitam dan putih mendominasi kebanyakan ruang manakala warna merah digunakan pada aksesori.

Perabot & kelengkapan rumah pula dipilih dari material (dan juga warna) kayu dan juga krom.

Keseluruhan ruang nampak lebih moden tetapi beberapa ruang saya berikan sedikit karektor yang memihak kepada konsep klasik dan oriental bagi menerapkan kelainan.

Kata orang, gambar memberi kita seribu cerita berbanding teks. Jadi, saya kongsikan gambar-gambar hasil terbaru saya di sini.

Pandangan dari pintu hadapan
Jika diperhatikan, saya menggunakan stool yang sama untuk hasil kerja saya di rumah kampung, rumah lama di Sentul dan sekarang di Selayang. Ini membuktikan bahawa segalanya akan menjadi sesuai sekiranya kita kreatif & pandai menyusun atur.

Ruang makan tetamu yang juga berfungsi sebagai ruang membaca

Hasil kreatif pemilik rumah

Tidak semestinya menggunakan bunga segar, epal juga memberi kesan yang segar pada ruang

Lagi susunan epal yang menarik


Pandangan dari ruang tamu

Keseluruhan ruang

Buku dan aksesori yang di susun secara kreatif mampu menghasilkan ruang santai yang sedap mata memandang

Chinese food bowl kegemaran 

Kabinet untuk aksesori hiasan yang juga berfungsi sebagai pembahagi ruang

Meja di ruang tamu

Hitam dan putih


Sofa

Rak yang ringkas tetapi menarik

Lilin hitam pembangkit gaya Manhattan

Lagi pandangan ruang tamu - dari arah dapur
Chandelier membangkit suasana mewah


Daripada menggunakan kabinet TV, saya memilih untuk menggunakan IKEA wall shelf bagi memberikan kelainan di ruang menonton TV. Gaya ini juga saya lihat sebagai hasil seni yang unik!
Ruang antara bilik diberikan sentuhan klasik. Gaya ini dibawa dari rumah lama saya di Sentul

Bilik tidur utama mengambil konsep 'Manhattan'

Ruang dan pencahayaan yang sesuai untuk berehat

Lagi hasil kreativiti tuan rumah
Bilik tidur kedua

"Less is more"

Artificial plant dari SSF

Ruang bekerja

Aksesori pelengkap di atas meja

Pandangan ruang dapur dari ruang hadapan

Ruang makan dan ruang bekerja di dapur

Meja dari kayu getah padu - mudah dikendalikan terutama untuk dapur basah
 Ruang-ruang dan hiasan dalaman yang ditunjukkan di sini adalah belum siap sepenuhnya dan akan saya kemaskini di blog ini apabila telah siap nanti. Pelan saya yang asal ketika berpindah ke sini adalah untuk menyiapkan hiasan dalaman rumah ini sedikit demi sedikit tetapi saya percepatkan demi kunjungan wakil TV3 hari ini dan sebagai menghargai kepercayaan pihak Media Prima pada hasil kerja saya. Sekiranya tiada aral, hasil kerja saya ini akan dipertontonkan kepada semua di TV3 pada tarikh yang belum dipastikan.
Saya akan update anda kemudian.

Itu sahaja untuk masa sekarang.

Let's b creat +ve! ;)






13 comments:

  1. wah semart n kemas....awesome...ayat pon best..huuhuhuh

    ReplyDelete
  2. minamisensei, Aisha & Natrah: Thanks! penat jugak fikir ayat semalam. Rasa macam tgh buat thesis..haha!. Let's share, ya!. Sama2 kita kongsi ilmu. =)

    ReplyDelete
  3. Thanks Annie. Aku dah follow blog kau. =)

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Saya akan berpindah ke rumah baru. This entry very helpful. Thank You!

    ReplyDelete
  5. Adie: Wkumsalam. Tahniah & selamat berpindah ke rumah baru ya!. Buat cantik2, nanti klu nak sy recommend utk masuk media, sy blh cuba tlg =)

    ReplyDelete
  6. memang cantik & kemas.saya menyukainya.. tahniah kreatif dlm menghias rumah!

    ReplyDelete
  7. Tq pink! Komen anda saya hargai & akan sy jadikan sbg semangat utk terus berkreatif :)

    ReplyDelete
  8. memang sgt2 cantik & menarik..cara susunatur, tatarias,perabot & warna memang kreatif & class..tahniah!!!

    ReplyDelete