Dengan teknik yang betul, fungsi buku di dalam sesebuah ruang bukanlah sekadar untuk diletakkan di sesuatu sudut dan diperlukan hanya ketika ingin membaca, malah fungsi buku juga boleh diolah menjadi sebahagian dari aksesori hiasan dalaman. Jika diperhatikan pada gambar-gambar yang saya sertakan di dalam
post saya sebelum ini, boleh dilihat dengan jelas bagaimana buku berfungsi sebagai pelengkap gaya sesuatu ruang.
Saya pernah tertarik dengan bilik seorang pensyarah di tempat saya belajar dahulu yang dipenuhi rak buku di kesemua empat penjuru dinding bilik kecilnya. Sekali dipandang, bilik pensyarah itu persis seperti ruang perpustakaan lama di Oxdord!
Sebagaimana pembacaan saya di web, sebuah perpustakaan di rumah (library home) atau ruang membaca adalah ciri yang biasa bagi rumah-rumah kelas pertengahan di zaman Victoria. Hari ini, mungkin disebabkan kecanggihan sistem teknologi dimana semua maklumat boleh didapati dari
google, buku dan juga perpustakaan persendirian di rumah jarang dijumpai.
Bagi mereka yang mempunyai keluasan ruang yang cukup, saya cadangkan anda membina sebuah perpustakaan atau ruang membaca khusus di kediaman anda. Ruang ini boleh juga dilengkapi dengan sebuah komputer peribadi dan akan menjadi ruang untuk keluarga.
|
Ruang membaca peribadi yang selesa. |
|
Buku dan hiasan dalaman. |
Namun begitu, majoriti rumah di Malaysia adalah bersaiz kecil selain mempunyai bilangan bilik yang terhad. Bagi ruang terhad ini, susunan buku di ruang tamu, di atas meja dan di rak-rak buku di dalam bilik boleh dipraktikkan. Berikut adalah beberapa contoh:
|
Buku di atas dan di bahagian bawah meja disusun secara sedikit berselerak dan rawak. Susunan sebegini memberi kebebasan kepada penghuni rumah berbanding susunan yang sangat teratur dan harus sentiasa dijaga. |
|
Buku-buku berkulit tebal dan mempunyai rekaan kulit yang menarik sesuai dijadikan sebahagian dari hiasan dalaman di sesuatu ruang. |
|
Pilihlah buku-buku yang sesuai dengan minat anda supaya fungsinya tidak hanya sekadar sebagai aksesori. |
|
Buku-buku boleh disusun menegak dan melintang. |
|
Susunan buku-buku di rak mestilah diselang-selikan dengan aksesori hiasan dalaman lain bagi mewujudkan elemen hiasan dalaman yang baik. |
|
Lagi susunan yang bersilang bagi menampilkan kelainan. |
Itu saja buat masa ini. Let's b creat +ve! =)
mmg idea yg best.bole ditiru ni.
ReplyDeletetq ayin. jom kita share ;)
ReplyDeleteNice one!
ReplyDelete