Berpindah dari Sentul ke Selayang bermakna berpindahlah juga segala isi rumah saya. Pada awalnya agak pening memikirkan bagaimana harus saya
blend isi rumah saya yang agak
oriental dan isi rumah baru sediada yang lebih menjurus kepada konsep yang lebih moden - boleh saya katakan mengambil sedikit inspirasi dari gaya 'Manhattan'. Setelah seminggu mendiami rumah baru, saya mula mengemas serba sedikit dan mencari idea. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk membuat
mix & match kedua-dua konsep ini.
Sebagai permulaan, saya mencari teras kepada
design saya yang baru ini. Apa yang saya dapati adalah kedua-dua konsep ini memiliki beberapa persamaan iaitu dari segi pemilihan warna & material yang digunakan pada perabot yang dipilih.
Warna-warna utama yang dipilih adalah warna-warna natural terutama variasi warna perang atau coklat dan merah selain hitam dan putih. Warna perang, hitam dan putih mendominasi kebanyakan ruang manakala warna merah digunakan pada aksesori.
Perabot & kelengkapan rumah pula dipilih dari material (dan juga warna) kayu dan juga krom.
Keseluruhan ruang nampak lebih moden tetapi beberapa ruang saya berikan sedikit karektor yang memihak kepada konsep klasik dan
oriental bagi menerapkan kelainan.
Kata orang, gambar memberi kita seribu cerita berbanding teks. Jadi, saya kongsikan gambar-gambar hasil terbaru saya di sini.
|
Pandangan dari pintu hadapan |
|
Jika diperhatikan, saya menggunakan stool yang sama untuk hasil kerja saya di rumah kampung, rumah lama di Sentul dan sekarang di Selayang. Ini membuktikan bahawa segalanya akan menjadi sesuai sekiranya kita kreatif & pandai menyusun atur. |
|
Ruang makan tetamu yang juga berfungsi sebagai ruang membaca |
|
Hasil kreatif pemilik rumah |
|
Tidak semestinya menggunakan bunga segar, epal juga memberi kesan yang segar pada ruang |
|
Lagi susunan epal yang menarik |
|
Pandangan dari ruang tamu |
|
Keseluruhan ruang |
|
Buku dan aksesori yang di susun secara kreatif mampu menghasilkan ruang santai yang sedap mata memandang |
|
Chinese food bowl kegemaran |
|
Kabinet untuk aksesori hiasan yang juga berfungsi sebagai pembahagi ruang |
|
Meja di ruang tamu |
|
Hitam dan putih |
|
Sofa |
|
Rak yang ringkas tetapi menarik |
|
Lilin hitam pembangkit gaya Manhattan |
|
Lagi pandangan ruang tamu - dari arah dapur |
|
Chandelier membangkit suasana mewah |
|
Daripada menggunakan kabinet TV, saya memilih untuk menggunakan IKEA wall shelf bagi memberikan kelainan di ruang menonton TV. Gaya ini juga saya lihat sebagai hasil seni yang unik! |
|
Ruang antara bilik diberikan sentuhan klasik. Gaya ini dibawa dari rumah lama saya di Sentul |
|
Bilik tidur utama mengambil konsep 'Manhattan' |
|
Ruang dan pencahayaan yang sesuai untuk berehat |
|
Lagi hasil kreativiti tuan rumah |
|
Bilik tidur kedua |
|
"Less is more" |
|
Artificial plant dari SSF |
|
Ruang bekerja |
|
Aksesori pelengkap di atas meja |
|
Pandangan ruang dapur dari ruang hadapan |
|
Ruang makan dan ruang bekerja di dapur |
|
Meja dari kayu getah padu - mudah dikendalikan terutama untuk dapur basah |
Ruang-ruang dan hiasan dalaman yang ditunjukkan di sini adalah belum siap sepenuhnya dan akan saya kemaskini di blog ini apabila telah siap nanti. Pelan saya yang asal ketika berpindah ke sini adalah untuk menyiapkan hiasan dalaman rumah ini sedikit demi sedikit tetapi saya percepatkan demi kunjungan wakil TV3 hari ini dan sebagai menghargai kepercayaan pihak Media Prima pada hasil kerja saya. Sekiranya tiada aral, hasil kerja saya ini akan dipertontonkan kepada semua di TV3 pada tarikh yang belum dipastikan.
Saya akan
update anda kemudian.
Itu sahaja untuk masa sekarang.
Let's b creat +ve! ;)