Thursday, December 9, 2010

Pertandingan Rumah Idaman Berita Harian 2009.

Baru-baru ini saya ada menyertai Pertandingan Rumah Idaman 2009 anjuran Berita Harian. Asalnya saya hanya ingin mencuba nasib, tapi Alhamdulillah, untuk kategori Rumah Warisan yang saya sertai, saya menang pada peringkat mingguan & seterusnya menjadi juara bagi kategori tersebut di peringkat akhir. Juara keseluruhan dimenangi oleh Pn. Khatijah Ibrahim dari kategori Pangsapuri / Flet / Apartmen.

Pertandingan ni memang memberi saya pengalaman yang sangat berguna kerana saya dapat belajar banyak perkara seperti seni fotografi untuk hiasan dalaman rumah, beza hiasan rumah tradisi dan rumah-rumah kategori lain, elemen-elemen kreatif baru dalam hiasan dalaman dan yang paling penting mengajar saya erti kesabaran oleh kerana saya bekerja di Kuala Lumpur & rumah yang dipertandingkan adalah di Batu Pahat, Johor. Jadi, jika juri hendak datang untuk menilai, saya terpaksa bergegas balik ke kampung untuk membuat persediaan!.

Apapun, jutaan terima kasih kepada Berita Harian yang memberikan peluang keemasan tersebut. Di sini, saya ingin berkongsi beberapa gambar idea-idea hiasan dalaman yang dipertandingkan.
1) Rekaan untuk kulit CD yang mengandungi gambar-gambar hiasan dalaman rumah - dibuat secara ekspress di kedai gambar!.
2) Exterior rumah.
3) Rumah pusaka keluarga berusia hampir 100 tahun.

4) Dekorasi di atas meja antik.

5) Dinding utama di ruang tamu.

6) Kawasan menjahit.

7) Hiasan di atas meja dapur. Idea datang dari rupa bentuk kekacang (atau petai!). Upih dari Casa Impian & bekas bercorak etnik dari Ayunda.

8) Salah satu dinding utama di bahagian dapur kering. Warna merah terang digunakan bagi menampilkan kontra pada feature wall disamping menaikkan seri suasana yang suram di dapur.

9) Mesin jahit antik.

10) Kawasan menjahit II.

11) Ruang makan dilihat dari dapur basah.



12) Ruang dapur bawah - keadaan dapur dikekalkan bagi menampilkan keadaan yang lebih sesuai bagi kategori yang disertai iaitu Rumah Warisan. Banyak penyertaan yang dianggap kurang tepat oleh kerana keadaan dapur yang sudah berimej moden / kontemporari.

13) Laluan perantara menuju ke dapur.


14) Bekas air antik dari China dijadikan tempat majalah. Idea ini dipinjam dari rakan ketika saya di Shanghai.

15) Ruang tamu - sudut 1.

16) Ruang tamu - bagi mengekalkan keluasan ruang, perabot disusun berdekatan dinding dan ruang tengah dibiarkan kosong.

17) Bilik tidur utama. Bilik ini adalah bilik pengantin untuk majlis perkahwinan yang berlangsung beberapa minggu sebelum juri datang menilai. Katil dari kayu jati & perabot kayu menonjolkan imej klasik.

18) Ruang tamu - sudut 2 (gambar ini diambil ketika Hari Raya).
19) Ruang tamu - sudut 3.
Gambar-gambar di atas adalah gambar ketika sesi penilaian akhir. Gambar yang mula-mula dihantar untuk pertandingan ada yang sedikit berbeza dari segi soft furnishing & susun aturnya. Ada di antara gambar yang saya paparkan di sini diambil oleh rakan & di luar waktu pertandingan. Namun, hiasan dalamannya adalah sama seperti ketika juri datang untuk menilai. Saya hanya memilih gambar-gambar yang saya rasa terbaik untuk tatapan semua.Selepas ini, saya akan berkongsi gambar-gambar ketika penjurian dan ketika majlis penyampaian hadiah, juga tips bagi yang ingin menyertai pertandingan ini di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment