Thursday, June 16, 2011

Before & After.

Comparing "before & after" is one of the things that I love the most. I love to see how things changed and how miserable and  messy the "before" was.
Here, I would like to share some of the before & after pictures that I capture during my projects. Unfortunately, I always start my project and ideas without thinking of capturing the "before" and below are some of the 'not so many' pictures that I managed to capture before I start my deco project.

My traditional kampung house project for BH's Rumah Idaman competition.

Another view at the kitchen.

My previous house at Sentul - this area have been transformed after I won the sofa in the Rumah Idaman competition.

The living room - I changed the dark wall to a more brighter (clay) colour.

My room.

My current house's master bedroom - the wall had been painted with blood red colour & I also bring in the paintings from the living room to this area to get better impact to the wall. Inspired by the fantasy drama Heroes, I call this wall "a page of a comic book".

The space between two rooms had been painted with dark clay colour. I also change the pendaflour lamp to a classic designed lamp from IKEA.

Walla! ~ a more organized area!

The kitchen.

The living room - before & after.

I love this space - see how this area changed!

I relocate and keep all the unnecessary items in this area and reorganize the accessories as well as the appliances on three wall shelves. 

Another view of the living area.

from table to shelves.


Hope this post gives you some ideas on how to transform an area. All areas in any house is a potential area but it depends on how you decorate / arrange those areas from zero to hero!

Thursday, June 9, 2011

*BH tanya, Shahril Suleiman jawab*

BH: Boleh huraikan sikit mengenai konsep pilihan Moden Oriental ini?
SS: Penataan konsep ini dipilih bagi mengadun kedua-dua konsep (moden dan klasik / oriental) menjadi satu konsep kerana rumah yang dimasuki sudah memiliki konsep moden (sedikit gaya Manhattan) manakala kebanyakan aksesori rumah dimiliki pula dipengaruhi konsep antik / klasik / oriental. Bersandarkan peratusan 80:20, gaya moden mendominasi hiasan dalaman manakala gaya oriental & klasik mempengaruhi sebahagian kecil terutama pada aksesori hiasan dalaman.
Konsep moden banyak terdapat pada pemilihan sebahagian perabot seperti rak-rak buku, meja dan sebahagian kerusi di ruang makan tetamu, pemilihan gambar-gambar yang menata kebanyakan dinding, lampu-lampu hiasan dan juga hiasan di bilik tidur dan juga barangan elektrik seperti peti sejuk dan televisyen.
Konsep Klasik / oriental pula banyak terdapat pada aksesori seperti bangku-bangku di ruang membaca / ruang makan tetamu dan di dapur, aksesori hiasan dalaman di atas meja konsol, di rak, para dan di rak rendah yang membahagi ruang. Pasu-pasu juga dipilih memenuhi konsep oriental ini.

BH: Mana dapat ilham ini? Benarkah dari Shanghai? Bila spesifik masanya?
SS: Ilham terhasil ketika menghias. Idea asalnya adalah ingin lari sedikit dari konsep hiasan dalaman rumah yang selalu dijumpai di Malaysia dan ingin berkreatif.
Susun-padan dilakukan beberapa kali sehingga berpuas hati pada hasil akhir. Kebanyakan perabot & aksesori oriental terilham ketika mengunjungi Shanghai pada tahun 2010. Sebahagian aksesori dibeli di Shanghai dan sebahagian pula hanya di Malaysia. Hiasan berkonsepkan oriental sebenarnya dihasilkan di rumah terdahulu sebelum berpindah dan di bawa ke rumah baru. Buku "Shanghai Style" banyak menjadi panduan.

BH: Berapa lama ambil masa untuk plan konsep ini serta siapkan interiornya?
SS: Masa sekitar dua minggu diperlukan untuk mendapat ilham akhir. Dengan kesibukan kerja, masa terluang digunakan sebaiknya untuk menyusun-atur dan mendapatkan ilham terbaik melalui perbincangan dengan beberapa rakan. Selebihnya, hanya perubahan kecil dilakukan dibeberapa tempat dengan mengubah susunatur kerusi dan aksesori.

BH: Apa cabaran/ halangan menyiapkannya? Misalnya, susah nak dapat barang ke? Housemate tak berapa berkenan ke? etc
SS: Hasil akhir nampak kemas dan mudah tetapi cabaran paling besar adalah untuk menyatukan dua konsep yang sangat berlainan menjadi satu. Kehendak rakan serumah juga perlu diambil kira. Susun atur perlu juga dibuat bagi memenuhi keperluan seharian agar rutin tidak terganggu dan yang paling penting hiasan mestilah mudah dijaga dan praktikal. Apabila semua elemen ini hendak diambil kira, itulah cabaran yang sebenarnya.

BH: Kediaman jenis apa? Di mana? Berapa keluasan?
SS: Jenis rumah: Kondominium; Keluasan: 1200 kaki persegi (sq ft)

BH: Diperhatikan ruang dapur ada karpet? Praktikal ke letak karpet di sini?
SS: Alas di ruang dapur diletakkan dibeberapa bahagian iaitu karpet di hadapan peti sejuk dan sejenis 'rug' di kawasan memasak yang bersambung dengan meja makan di dapur. Karpet di peti sejuk diletakkan bagi keselesaan kaki ketika berada di ruang ini. Ruang ini adalah ruang kering. Oleh itu, ia amatlah sesuai.
Pemilihan alas di ruang memasak pula dipilih dari jenis 'rug' yang tahan lasak (dibuat dari bahan terpakai) dari Fella Design. Ia juga untuk keselesaan kaki ketika berada di ruang makan.
Karpet / alas di ruangan ini diletak memandangkan aktiviti dapur yang kurang berat. Bagi rumah berkeluarga yang menjalankan aktiviti dapur yang berat dengan memasak seharian dsb, lantai mungkin perlu dibiarkan kosong bagi memudahkan penyelenggaraan dan kerja-kerja pembersihan.

BH: Rak rendah dijadikan divider? Kenapa tidak pilih rak yang lebih tinggi untuk dijadikan sempadan.
SS: Rak rendah dijadikan pembahagi ruang bagi mengekalkan keluasan ruang yang ada. Selain itu, kebanyakan ruang di rumah adalah dwifungsi. Ruang membaca yang juga ruang makan tetamu terletak bersebelahan ruang tamu yang juga adalah ruang menonton televisyen. Kebanyakan aktiviti boleh dilakukan serentak sekiranya ruang terbuka. Contohnya, penghuni dapat menonton televisyen sambil menjamu tetamu di ruang makan tetamu. Interaksi antara semua penghuni di dalam rumah juga menjadi tidak terbatas kerana semua ruang terbuka.
Rak rendah juga boleh dihiasi dengan pelbagai aksesori di atasnya. Aksesori-aksesori ini menaikkan seri dan memberi kriteria pada ruang.

BH: Kelompok warna pilihan. Kenapa pilih warna yang sebegini?
SS: Warna pilihan adalah 'earth tone' yang kebanyakannya coklat (pelbagai tona) yang mewakili kumpulan klasik, hitam, putih dan krom (chrome) yang mewakili kumpulan moden dan kebanyakan aksesori berwarna merah yang menyerlahkan gaya. Warna-warna ini dipilih kerana apabila dilihat dari sudut yang luas, ia bersatu dengan baik dan mewujudkan suasana yang senang dan moden di dalam rumah. Warna merah juga sangat sinonim dengan gaya oriental.
BH: Di mana feature wall rumah ini? Apa hiasan diketengahkan?
SS: Jika diperhatikan, kesemua dinding di ruang tamu adalah putih. Namun begitu, terdapat satu ruang yang berupaya mencuri perhatian iaitu ruang dinding di mana televisyen berada. Di ruang ini, saya menyusun beberapa 'wall shelf' yang disusun secara rawak dan diletakkan pelbagai aksesori hiasan di atasnya. Tiada rak televisyen di ruang ini.
Dari segi warna pula, bagi mengimbangi keseluruhan dinding yang putih, langsir berwarna hitam yang melitupi keseluruhan dinding di mana tingkap berada dari paras siling hingga ke lantai bagi mewujudkan kesan 3 dimensi ruang selain menambahkan ketinggian ruang.
Selain itu, terdapat satu lagi ruang yang menarik perhatian iaitu ruang di antara dua bilik di mana warna tanah liat digunakan bagi mewujudkan kelainan dan menarik perhatian. Satu meja konsol dengan gambar berdimensi bersaiz besar diletakkan bagi mewujudkan suasana ruang yang luas.

BH: Apa pendapat pemilik rumah mengenai interior yang shahril buat ini?
SS: Pemilik rumah, Mohd Razali ada berkongsi beberapa pendapat dan berpuas hati dengan hasil akhir konsep rumah ini. Terdapat juga beberapa aksesori merupakan hasil tangan beliau sendiri seperti dua lukisan berupa figura terkenal Audrey Hepburn dan juga Harrison Ford yang diletakkan di 'feature wall' di kepala katil bilik tidur utama dan kain bercorak etnik yang dibingkaikan di ruang makan tetamu. Candelier juga adalah pilihan beliau yang lebih menggemari konsep moden.

BH: Bagaimana keadaan kediaman ini sebelumnya?
SS: Sebelum ini, kediaman ini mempunyai banyak potensi tetapi belum kelihatan seperti yang ada sekarang ini kerana baru didiami oleh penghuni baru.

BH: Kecuali ruang dapur dengan kabinet, yang lain menggunakan loose furniture. Kenapa?
SS: Konsep 'loose furniture' dipilih bagi memberi ruang pada pengubahsuaian dimasa akan datang. Konsep ini juga tidak menggunakan kos yang tinggi sekiranya pandai memilih.

BH: Boleh Shahril cerita lebih lanjut mengenai dining hall? Kenapa pilih bangku instead of kerusi, selesakah?
SS: Ruang makan di dapur adalah ruang santai dan serbaguna. Oleh kerana ruang yang kecil, meja di ruang ini juga digunakan sebagai meja penyediaan makanan. Bangku yang digunakan boleh disusun di bawah meja dan menjadikan ruang lebih luas dan tidak mengganggu kerja-kerja penyediaan makanan di dapur.Bangku ini juga adalah sebahagian dari set meja yang dipilih ketika berada di rumah lama dan memenuhi konsep oriental.

BH: Bahagian mana yang Shahril suka sangat dengan kediaman ini?. Kenapa?
SS: Bahagian yang paling digemari adalah bahagian ruang tamu / ruang menonton televisyen dan rak buku di ruang makan tetamu / ruang membaca. Ruang tamu adalah ruang santai yang sangat selesa dan saya menggemari ilham penggunaan para dinding (wall shelf) yang unik. Rak-rak buku pula banyak menempatkan pelbagai aksesori hiasan yang dikumpul selain buku-buku kegemaran. Ruang ini kelihatan santai dan sedap mata memandang.

BH: Apa lagi yang hendak ditambah atau akan kekal dengan konsep ini?
SS: Setakat ini, konsep ini dirasakan terbaik bagi rumah ini tetapi tidak menolak akan mengubah konsep sekiranya idea mengubah hiasan dalaman rumah datang di masa hadapan.

Terima Kasih!

Sunday, May 15, 2011

Pintu sebagai "master piece".

Mungkin belum ramai yang sedar bahawa pintu juga boleh menjadi satu daya tarikan untuk hiasan dalaman sesebuah rumah. Pintu yang unik dan cantik dapat menarik perhatian dan menjadi titik tumpu pada sesebuah kediaman. Gaya pintu yang unik kebiasaannya dapat dilihat pada binaan lama. Rekabentuk pintu bagi rumah moden biasanya sangat 'simple' dan hanya berfungsi sebagai pintu - tidak lebih dari itu.

Ketika berkunjung ke India baru-baru ini, saya sempat mengumpul beberapa rekaan pintu lama di bangunan-bangunan bersejarah yang sempat saya kunjungi. Rekaan-rekaan yang akan saya kongsikan di sini bolehlah dijadikan inspirasi sekiranya anda mahu berkreatif dengan pintu rumah anda!










Bukan sahaja di India, pintu rumah-rumah lama di Malaysia juga penuh berseni. Saya akan kongsikan dari semasa ke semasa di 'post' ini.
Untuk itu, jadikanlah pintu anda sebagai titik tumpuan bukan sahaja melalui rekaannya yang unik dan menarik tetapi boleh juga melalui warna yang kontra & menarik ataupun melalui hiasan-hiasan lain di pintu yang difikirkan sesuai.

Selamat berkreatif dengan pintu anda!.

Thursday, April 21, 2011

Mix & Match - Oriental vs Modern!


Berpindah dari Sentul ke Selayang bermakna berpindahlah juga segala isi rumah saya. Pada awalnya agak pening memikirkan bagaimana harus saya blend isi rumah saya yang agak oriental dan isi rumah baru sediada yang lebih menjurus kepada konsep yang lebih moden - boleh saya katakan mengambil sedikit inspirasi dari gaya 'Manhattan'. Setelah seminggu mendiami rumah baru, saya mula mengemas serba sedikit dan mencari idea. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk membuat mix & match kedua-dua konsep ini.

Sebagai permulaan, saya mencari teras kepada design saya yang baru ini. Apa yang saya dapati adalah kedua-dua konsep ini memiliki beberapa persamaan iaitu dari segi pemilihan warna & material yang digunakan pada perabot yang dipilih.

Warna-warna utama yang dipilih adalah warna-warna natural terutama variasi warna perang atau coklat dan merah selain hitam dan putih. Warna perang, hitam dan putih mendominasi kebanyakan ruang manakala warna merah digunakan pada aksesori.

Perabot & kelengkapan rumah pula dipilih dari material (dan juga warna) kayu dan juga krom.

Keseluruhan ruang nampak lebih moden tetapi beberapa ruang saya berikan sedikit karektor yang memihak kepada konsep klasik dan oriental bagi menerapkan kelainan.

Kata orang, gambar memberi kita seribu cerita berbanding teks. Jadi, saya kongsikan gambar-gambar hasil terbaru saya di sini.

Pandangan dari pintu hadapan
Jika diperhatikan, saya menggunakan stool yang sama untuk hasil kerja saya di rumah kampung, rumah lama di Sentul dan sekarang di Selayang. Ini membuktikan bahawa segalanya akan menjadi sesuai sekiranya kita kreatif & pandai menyusun atur.

Ruang makan tetamu yang juga berfungsi sebagai ruang membaca

Hasil kreatif pemilik rumah

Tidak semestinya menggunakan bunga segar, epal juga memberi kesan yang segar pada ruang

Lagi susunan epal yang menarik


Pandangan dari ruang tamu

Keseluruhan ruang

Buku dan aksesori yang di susun secara kreatif mampu menghasilkan ruang santai yang sedap mata memandang

Chinese food bowl kegemaran 

Kabinet untuk aksesori hiasan yang juga berfungsi sebagai pembahagi ruang

Meja di ruang tamu

Hitam dan putih


Sofa

Rak yang ringkas tetapi menarik

Lilin hitam pembangkit gaya Manhattan

Lagi pandangan ruang tamu - dari arah dapur
Chandelier membangkit suasana mewah


Daripada menggunakan kabinet TV, saya memilih untuk menggunakan IKEA wall shelf bagi memberikan kelainan di ruang menonton TV. Gaya ini juga saya lihat sebagai hasil seni yang unik!
Ruang antara bilik diberikan sentuhan klasik. Gaya ini dibawa dari rumah lama saya di Sentul

Bilik tidur utama mengambil konsep 'Manhattan'

Ruang dan pencahayaan yang sesuai untuk berehat

Lagi hasil kreativiti tuan rumah
Bilik tidur kedua

"Less is more"

Artificial plant dari SSF

Ruang bekerja

Aksesori pelengkap di atas meja

Pandangan ruang dapur dari ruang hadapan

Ruang makan dan ruang bekerja di dapur

Meja dari kayu getah padu - mudah dikendalikan terutama untuk dapur basah
 Ruang-ruang dan hiasan dalaman yang ditunjukkan di sini adalah belum siap sepenuhnya dan akan saya kemaskini di blog ini apabila telah siap nanti. Pelan saya yang asal ketika berpindah ke sini adalah untuk menyiapkan hiasan dalaman rumah ini sedikit demi sedikit tetapi saya percepatkan demi kunjungan wakil TV3 hari ini dan sebagai menghargai kepercayaan pihak Media Prima pada hasil kerja saya. Sekiranya tiada aral, hasil kerja saya ini akan dipertontonkan kepada semua di TV3 pada tarikh yang belum dipastikan.
Saya akan update anda kemudian.

Itu sahaja untuk masa sekarang.

Let's b creat +ve! ;)