Sunday, April 10, 2011

Interior Design Tips - Buku Sebagai Aksesori Hiasan Dalaman.

Dengan teknik yang betul, fungsi buku di dalam sesebuah ruang bukanlah sekadar untuk diletakkan di sesuatu sudut dan diperlukan hanya ketika ingin membaca, malah fungsi buku juga boleh diolah menjadi sebahagian dari aksesori hiasan dalaman. Jika diperhatikan pada gambar-gambar yang saya sertakan di dalam post saya sebelum ini, boleh dilihat dengan jelas bagaimana buku berfungsi sebagai pelengkap gaya sesuatu ruang.

Saya pernah tertarik dengan bilik seorang pensyarah di tempat saya belajar dahulu yang dipenuhi rak buku di kesemua empat penjuru dinding bilik kecilnya. Sekali dipandang, bilik pensyarah itu persis seperti ruang perpustakaan lama di Oxdord!

Sebagaimana pembacaan saya di web, sebuah perpustakaan di rumah (library home) atau ruang membaca adalah ciri yang biasa bagi rumah-rumah kelas pertengahan di zaman Victoria. Hari ini, mungkin disebabkan kecanggihan sistem teknologi dimana semua maklumat boleh didapati dari google, buku dan juga perpustakaan persendirian di rumah jarang dijumpai.

Bagi mereka yang mempunyai keluasan ruang yang cukup, saya cadangkan anda membina sebuah perpustakaan atau ruang membaca khusus di kediaman anda. Ruang ini boleh juga dilengkapi dengan sebuah komputer peribadi dan akan menjadi ruang untuk keluarga.

Ruang membaca peribadi yang selesa.

Buku dan hiasan dalaman.
Namun begitu, majoriti rumah di Malaysia adalah bersaiz kecil selain mempunyai bilangan bilik yang terhad. Bagi ruang terhad ini, susunan buku di ruang tamu, di atas meja dan di rak-rak buku di dalam bilik boleh dipraktikkan. Berikut adalah beberapa contoh:

Buku di atas dan di bahagian bawah meja disusun secara sedikit berselerak dan rawak. Susunan sebegini memberi kebebasan kepada penghuni rumah berbanding susunan yang sangat teratur dan harus sentiasa dijaga.

Buku-buku berkulit tebal dan mempunyai rekaan kulit yang menarik sesuai dijadikan sebahagian dari hiasan dalaman di sesuatu ruang.

Pilihlah buku-buku yang sesuai dengan minat anda supaya fungsinya tidak hanya sekadar sebagai aksesori.

Buku-buku boleh disusun menegak dan melintang.

Susunan buku-buku di rak mestilah diselang-selikan dengan aksesori hiasan dalaman lain bagi mewujudkan elemen hiasan dalaman yang baik.

Lagi susunan yang bersilang bagi menampilkan kelainan.
 Itu saja buat masa ini. Let's b creat +ve! =)


Saturday, April 2, 2011

Teratak Ayahbonda di Kosmo!

29 Mac lepas, ketika berada di Batu Pahat, saya menerima satu mesej dari wartawan akhbar Kosmo! yang mengunjungi blog ini.

Mesej
          "Assalamualaikum shahril, saya afzan dari akhbar Kosmo!. Saya ada kunjungi blog anda dan sangat tertarik dengan dekorasi rumah yg anda hasilkan, sama ada rumah warisan mahupun apartment. Kagum tgk hasil kerja tangan anda!

Di Kosmo,kami ada satu kolum dekor (2 mukasurat) pada setiap hari Ahad. Shahril berminat tak kalau saya cadangkan kediaman shahril dimuatkan dalam akhbar kami? Jangan risau, tiada bayaran yang dikenakan. Bagaimana?

Saya tunggu jawapan dari Shahril. Ini nombor hp saya, 01x-xxxxxxx (afzan)

terima kasih ;)"

memanglah sangat menggembirakan & tentulah saya bersetuju. ^^

Hari ini, artikel tentang Teratak Ayahbonda saya keluar di akhbar Kosmo! di bahagian Jurnal - Ruang.

2 mukasurat penuh di muka 20 & 45.

Deko pilihan wartawan.

me! ^^
Saya bersyukur dengan memulakan blog ini saya dapat berkongsi idea & cerita serta membawa peluang-peluang baru dalam hidup saya!.

Terima kasih kepada Ms Afzan dan Kosmo! atas peluang yang diberikan.
Seperti biasa, untuk versi virtual ruangan ini, sila klik di sini!

Wednesday, March 16, 2011

Turning a flat to a condo!

Hi! it's been a while since my last post. I am moving out to a new (rented) house last month & I need to get the right mood & area where I can start blogging again.

Now, (since I am comfortable with my new working area & the mood is good ;) I would like to share something very interesting with you!. Before moving out, I actually redesigned my interior. I turned my flat to a 'condo'. How many of you ever dream of having a great interior as you're living in a very expensive house but in reality all that we can afford is always less than what we expect. Don't worry & be happy, ok!. 

In my last post, I proved that a 100 years old kampung house can be great if we put a nice & suitable interior in it. This time, here are some pictures of my ideas that I think successfully turned my flat to a 'condo'!

The living room - although the space is very small, I managed to arrange a nice 3+2 seater sofa and a coffee table in my living room.

Interior accessories such as books, artificial plants, cushions & other accessories to complement my interior design.

I choose solid wood furnitures for it to last for generations. This is view from the front door.

Keeping nice books is one of my hobby. Reading it is another story. =)

This is another view of my living room, facing to the kitchen.

My favorite artificial plant from Casa Impian & an antique Chinese covered food bowl.

Wall accessory - frame from Sarawak with scarf from Vietnam. The arrangement gave something interesting to look at.

Another wall accessory.

"Bagai pungguk rindukan bulan".
Red porcelain plate hanged on the wall.

Inspired by great interior design at my friend's house in Shanghai, I bought this stool at Fella Design.


Antique kettle from Indonesia on my console table.

Antique wooden water bucket from China.

1950's antique teak wood bag.
The dry kitchen. This solid rubber wood table is from IKEA.

Some of my accessories.

The table wares.

Old Chinese plate I bought at Pasar Karat, Ipoh.

Can you stand the heat?


That's all for now. I hope by sharing this, you will get good ideas.
Let's b creat +ve!


Monday, February 7, 2011

Ye Olde Smokehouse, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.


Hujung bulan Januari lepas, saya & beberapa rakan melawat Cameron Highlands. Ini adalah kali ke 6 saya berkunjung ke sana. To my surprise, Cameron dah banyak berubah sejak kali terakhir saya ke sana pada 2006. Untuk mengelakkan bosan, saya dan rakan bercadang untuk melawat tempat-tempat yang belum pernah kami pergi dan tercetuslah idea untuk melawat Ye Olde Smokehouse.

Mengikut ringkasan yang dibaca di Time Tunnel, rumah ini dibuka pada Krismas 1937 oleh Mr Douglas Warin. Pelan asal pembinaan rumah agam dengan 6 bilik ini adalah untuk kemudahan orang British di Malaya yang inginkan suasana percutian / penginapan seperti di Eropah. Menurut catatan tersebut, mereka hanya balik ke Britain setiap lapan tahun.
Kesimpulannya, rumah ini diwujudkan untuk warga Britain di Malaya yang home-sick!

Seperti biasa, apabila bercuti, saya akan mencari ilham atau idea-idea unik dari tempat-tempat yang saya kunjungi. Di sini, saya ingin kongsi beberapa hiasan dalaman dan taman di Ye Olde Smokehouse ini.

Keep calm!

Lampu unik di laluan ke 'new wing'.

Susunan pokok yang menarik.

Pondok telefon merah - ikon kota London!

Susunan meja di restoran.

Hiasan di tingkap.

Pinggan & piring hiasan dinding.

Rumah burung melengkapkan gaya taman ala Inggeris.

Ruang untuk tetamu 1.

Ruang untuk tetamu 2.

Laluan ke ruang paling belakang.

Ruang untuk tetamu 3.

Nice setting.

Bilik berciri Inggeris lama.

Idea untuk hiasan dinding yang simple & menarik.

Pendiang.

Antara lampu antik yang terdapat di sini.

Sinki & cemin dengan susunan yang lain dari biasa.

Lampu antik. Lampu ini juga terdapat di teratak ayahbonda saya!



Ruang tamu utama.


Sudut menarik berhadapan ruang tamu utama.

Pandangan pertama yang dilihat dari arah restoran.

Ruang makan.

Jom minum teh!

Meja kecil di tengah-tengah restoran.

Lilin.
Kepada sesiapa yang berkunjung ke Cameron Highland, bolehlah melawat ke restoran & hotel ni. Memang nice visit!
=)

Thursday, February 3, 2011

Published, Finally! (Yay!)

Hi! We meet again! Last Sunday, my gift ideas was being published in Berita Minggu. Thanks to miss Bennie!. For those who didn't have the opportunity to read it right from the 'actual' paper, here is the link to the 'virtual' version of it ;)

 http://www.bharian.com.my/bhar
ian/articles/Bungkusanhadiahkreatif_unik/Article/index

Smile! =)